MAKLUMAN :


widgeo.net

Monday, October 13, 2008

LANGIT KIBLAT DOA BUKAN TEMPAT BAGI ALLAH.




Ketahuilah bahawa Allah ada tanpa memerlukan kepada tempat. Berdalilkan dengan firmanNya yang bermaksud : " Tiada sesuatupun menyerupai Allah". As-Syura ayat11.

Dan memadai dengan ketiadaan nas dari Al-Quran mahupun Al-Hadith Nabawi menetapkan tempat (makanun) bagi Allah maka ulama islam tidak menetapkan tempat bagi Allah.

Inilah kaedah manhaj ulama salaf sebenar yang tidak menetapkan tempat bagi Allah kerana perbuatan menetapkan tempat bagi Allah adalah menyamakan Allah dengan makhlukNya.

Berkata Imam At-Tohawi yang merupakan ulama salaf dalam kitabnya Aqidah At-Tohawiyah : "Sesiapa yang mensifatkan Allah dengan sifat-sifat manusia maka dia kafir".

Manakala sifat Maha Mendengar dan Maha Melihat merupakan sifat yang telah pun diwaridkan iaitu telahpun dinyatakan dalam Al-Quran, kita mengimaninya tanpa menyerupakan Allah dengan makhluk dan Allah bersifat Maha Mendengar tanpa anggota telinga dan Dia bersifat Maha Melihat tanpa bijik mata.
Ini kerana sekadar itu yang diwaridkan oleh nas Al-Quran sekadar itulah kita imani tanpa menetapkan sifat bertelinga mahupun sifat berbiji mata bagi Allah yang tidak dinyatakan oleh Allah sendiri.

Berkenaan firman Allah: "Ar-Rahman 'alal Arasy Istawa" pula. Ayat ini kita imani tanpa menyamakankan Allah dengan makhlukNya dan tidak menetapkan tempat bagi Allah itu di atas arasy!. Ini kerana tidak disebut oleh Al-quran bahawa 'arasy itu tempat bagi Allah' dan sekadar itulah ayat itu kita imani, seperti mana masjid dinamakan sebagai 'rumah Allah' iainya tidak bererti Allah duduk dan tinggal didalam masjid! Allah tidak pernah pun menyatakan Dia duduk dan tinggal di dalam masjid walaupun dinamakannya sebagai 'Rumah Allah'.

Sekiranya akidah Allah Bertempat itu adalah benar maka lebih benar pembawa akidah hulul yang menetapkan bagi Allah itu berada dimana-mana tempat seperti didalam masjid, bukankah masjid itu rumah Allah?maka mengapa Dia perlu berada diluar rumahNya?, semestinya Dia berada dalam rumahNya samaada seketika mahupun selamanya...beginilah akan diperkatakan oleh pembawa ajaran sesat akidah hulul yg menetapkan tempat bagi Allah.

Dengan itu, akidah kita Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah pertengahan antara akidah Wahhabi yang menetapkan satu tempat bagi Allah iaitu bagi mereka di langit dan kekadang di atas arasy pula tempat Allah bagi mereka, dengan akidah hulul yang menetapkan zat Allah di mana-mana, maka akidah Ahlu Sunnah tengah-tengah antara kedua-dua tadi iaitu tidak menetapkan tempat bagi Allah, samaada di atas langit, atas arasy tempatNya mahupun di mana-mana..kita tidak menetapkan bagi Allah sedemikian.

Angkat Tangan Ke Langit.

Ketahuilah bahawa mengangkat tangan ke arah langit ketika berdoa tidaklah bererti Allah berada dilangit dan tidak juga bererti Allah berada diatas arasy seperti mana kita menunaikan solat yang merupakan peribadatan utama kita kepada Allah, kita menghadap ke arah ka'bah ianya tidak bererti Allah berada di ka'bah.

Islam dan ulama islam dikalangan salaf dan khalaf menyatakan tujuan mengangkat tangan ke arah langit ketika berdoa adalah merupakan kiblat doa(samaada telapak tangan itu sebelah dalamnya atau sebelah luarnya diangkat ke langit).

Akan tetapi ini tidak bermakna sekiranya seseorang itu berdoa kepada Allah tanpa mengangkat tangannya ke arah langit maka doanya terbatal.

Mari kita lihat kenyataan ulama Ahli hadith iaitu Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitab masyhur beliau berjudul Fathul Bari,jilid 2, m/s 233, cetakan Dar Ma'rifah Beirut :

"السماء قِبْلة الدعاء كما أن الكعبة قِبْلة الصلاة" اهـ.

Katanya: Langit merupakan kiblat bagi doa sepertimana ka'bah kiblat bagi solat.

Disana ada ribuan kenyataan ulama islam dikalangan salafnya mahupun khalafnya serta ulama fekah mahupun akidah mengatakan bahawa langit merupakan kiblat bagi berdoa dan BUKAN TEMPAT BAGI ALLAH.

Boleh dirujuk seperti dibawah:
Kata Imam Mulla Ali Qori pensyarah kitab Fiqhul Akbar oleh Imam Abu Hanifah:

وقال الشيخ مُلاّ علي القاري الحنفي (1014هـ) في كتابه "شرح الفقه الأكبر" ما نصه :"السماء قِبْلة الدعاء بمعنى أنها محل نزول الرحمة التي هي سبب أنواع النعمة، وهو مُوجِب دفع أصناف النقمة... وذكر الشيخ أبو معين النسفي إمام هذا الفن في "التمهيد" له من أن المحقّقين قرّروا أن رفع الأيدي إلى السماء في حال الدعاء تعبّد محض" اهـ.

Berkata Imam Al-Bayadhy bermazhab Hanafiyah:
5ـ وقال العلاّمة البَياضي الحنفي (1098هـ) في كتابه "إشارات المرام" ما نصه: "رفع الأيدي عند الدعاء إلى جهة السماء ليس لكونه تعالى فوق السموات العُلى بل لكونها قِبلة الدعاء، إذ منها يتوقع الخيرات ويستنزل البركات لقوله تعالى:{وفي السماء رزقكم وما توعدون} [سورة الذاريات/22] مع الإشارة إلى اتصافه تعالى بنعوت الجلال وصفات الكبرياء، وكونه تعالى فوق عباده بالقهر والاستيلاء" اهـ.

Berkata ulama Hadith al-Hafiz Muhaamd Murtadho Az-Zabidy pensyarah kitab Ihya Ulumuddin oleh Al-Ghazali:
ـ وقال الحافظ الفقيه اللُّغوي السيد محمد مرتضى الزَّبِيدي الحنفي (1205هـ) ما نصه :"وإنما اختُصَّت السماء برفع الأيدي إليها عند الدعاء لأنها جُعِلَت قِبْلة الأدعية كما أن الكعبة جُعِلَت قِبْلة للمصلي يستقبلها في الصلاة، ولا يقال إن الله تعالى في جهة الكعبة" اهـ.

ـ وقال أيضًا :"فأما رفع الأيدي عند السؤال والدعاء إلى جهة السماء فهو لأنها قِبلة الدعاء كما أن البيت قِبلة الصلاة يُسْتقبَل بالصدر

والوجه، والمعبودُ بالصلاة والمقصودُ بالدعاء ـ وهو الله تعالى ـ منزه عن الحلول بالبيت والسماء؛ وقد أشار النسفي أيضًا فقال: ورفع الأيدي والوجوه عند الدعاء تعبُّد محض كالتوجّه إلى الكعبة في الصلاة، فالسماء قِبْلة الدعاء كالبيت قِبْلة الصلاة" اهـ.

ـ قال العلامة المحدث الشيخ عبد الله الهرري المعروف بالحبشي في كتابه "إظهار العقيدة السُنيَّة" ما نصه :"ورفعُ الأيدي والوجوه إلى السماء عند الدعاء تعبُّدٌ مَحْضٌ كالتوجّه إلى الكعبة في الصلاة، فالسماء قِبْلة الدعاء كالبيت الذي هو قِبْلة الصلاة" اهـ.

Al-Quran dan Hadith Nabi tidak pernah menyatakan tujuan kita mengangkat tangan ke arah langit ketika berdoa itu adalah kerana Allah berada dilangit. Wallahi tidak pernah!

Sekiranya tujuan mengangkat tangan ke arah langit ketika berdoa itu adalah Allah berada dilangit, sudah tentu Allah dan RasulNya menyatakan terdahulu. tetapi Allah dan RasulNya tidak menyatakan sedemikian bahkan para alim ulama menafikan langit itu tempat bagi Allah maka kami menyatakan Allah wujud tanpa memerlukan kepada tempat dilangit mahupun di atas arasy.

( Dari ehsan Abu Syafiq )

3 comments:

Aida Muslimah said...

Allah telah mengkhabarkan dengan firmanNya bahawa Dia mempunyai sifat, zat, nama dan bersemayam di atas ‘ArasyNya. Amat mustahil Bahasa Arab yang jelas yang digunakan oleh Allah Azza wa-Jalla di dalam al-Quran untuk menjelaskan tentang sifat, zat, nama dan tentang bersemayam di atas ‘ArasyNya tidak dapat difahami oleh hambanya, sedangkan Dia juga telah menjelaskan dengan firmanNya bahawa dijadikan al-Quran dalam Bahasa Arab agar mudah difahami oleh para hambaNya. Allah berfirman:

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَّسُوْلٍ إِلاَّ بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ.

“Kami tidak mengutus seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka”. (QS. Ibrahim 14:4).


لِسَانُ الَّذِيْ يُلْحِدُوْنَ إِلَيْهِ أَعْجَمِيٌّ وَهَذَا لِسَانٌ عَرَبِيٌّ مُبِيْنٌ


“Padahal bahasa orang yang mereka tuduhkan (bahawa) Muhammad belajar kepadanya bahasa ‘Ajam, sedangkan al-Quran adalah dalam Bahasa Arab yang terang”. (QS. An-Nahl, 16:103).


إِنَّا جَعَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُوْنَ

“Sesungguhnya Kami menjadikan al-Quran dalam Bahasa Arab supaya kamu memahami(nya)”. (QS. Az-Zukhruf. 43:3).


Ayat-ayat di atas menjelaskan bahawa bahasa al-Quran adalah bahasa yang jelas agar kita mudah memahaminya, maka sudah pasti firman Allah di bawah ini dapat difahami dengan mudah iaitu firmanNya:

اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى.

"Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas 'ArasyNya". (QS. Taha, 20:5).


اِنَّ رَبَّكُمُ اللهُ الَّذِيْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَاْلاَرْضِ فِى سِتَّةِ اَيَّامٍ ثَمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ.

"Sesungguhnya Tuhanmu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa. Lalu Dia bersemayam di atas 'Arasy". (QS. Al-A'raaf, 7:54).


اِنَّ رَبَّكُمُ اللهُ الَّذِيْ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَاْلاَرْضَ فِى سِتَّةِ اَيَّامٍ ثَمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ.

"Sesungguhnya Tuhanmu itu adalah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Ia bersemayam di atas 'Arasy". (QS. Yunus, 10:3).


ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ.

"Kemudian Dia (Allah) bersemayam di atas 'Arasy". (QS. Al-Furqan, 25:59).


اَللهُ الَّذِيْ رَفَعَ السَّمَوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ.

"Allah adalah Zat yang mengangkat langit tanpa tiang yang kamu lihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas 'Arasy". (QS. Ar-Ra'd, 13:2).


اَللهُ الَّذِيْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَاْلاَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِى سِتَّةِ اَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ مَا لَكُمْ مِنْ دُوْنِهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلاَ شَفِيْعٍ اَفَلاَ تَتَذَكَّرُوْنَ.

"Allah-lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy. Tidak ada bagi kamu selain daripadaNya seorang penolongpun dan tidak seorang pemberi syafa'at. Maka apakah kamu tidak berfikir?". (QS. As-Sajadah, 32:4).


هُوَ الَّذِيْ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالاَرْضَ فِى سِتَّةِ اَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ.

"Dialah yang telah menjadikan langit dan bumi dalam enam hari (masa) kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arasy". (QS. Al-Hadid, 57:4).

ءَ اَمِنْتُمْ مَنْ فِى السَّمَآءِ اَنْ يَخْسِفَ بِكُمْ اْلاَرْضَ

"Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa Dia akan menyungkir-balikkan bumi bersama kamu". (QS. Al-Mulk, 67:16).

اِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَالِحُ يَرْفَعُهُ.

"KepadaNya (Allah yang di langit) naik perkataan-perkataan yang baik dan amal soleh dinaikkanNya". (QS. Fathir, 35:10).


بَلْ رَفَعَهُ اِلَيْهِ وَكَانَ اللهُ عَزِيْزًا حَكِيْمًا.

"Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepadaNya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". (QS. An-Nisa', 4:158).


يَاعِيْسَى اِنِّيْ مُتَوَفِّيْكَ وَرَافِعُكَ اِلَيَّ.

"Hai Isa, sesungguhnya Aku akan mematikan engkau dan mengangkatmu kepadaKu!". (QS. Ali Imran, 3:55).

يَخَافُوْنَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُوْنَ مَا يُؤْمَرُوْنَ.
"Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka (di langit) dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka)". (QS. An-Nahl, 16:50).


Telah dijelaskan di dalam al-Quran, mutawatir di sunnah RasulNya serta ijmak para ulama Salaf as-Soleh bahawa Allah Ta'ala di langit. Dia bersemayam di atas 'ArasyNya. Sesiapa yang tidak menerima dan menolak berita ini, dia adalah seorang yang kufur terhadap wahyu Allah kerana berita penerangan yang menjelaskan Allah di langit dan bersemayam di atas ‘ArasyNya merupakan wahyu dari Allah Subhanahu wa-Ta’ala.

Aida Muslimah said...

Antara para ulama Salaf yang menegaskan bahawa Allah bersemayam di ‘ArasyNya ialah:


1. Imam al-Auza'ie rahimahullah, Imam ahli Syam beliau menegaskan:


كُنَّا وَالتَّابَعُوْنَ مُتَوَافِرُوْنَ نَقُوْلُ : انَّ اللهَ عَلَى عَرْشِهِ وَنُؤْمِنُ بِمَا وَرَدَتْ بِهِ السُنَّةَ مِنْ صِفَاتِ اللهِ تَعَالَى.


"Kami dan para Tabi'in semuanya menetapkan dengan kesepakatan qaul kami bahawa: Sesungguhnya Allah di atas 'ArasyNya dan kami beriman dengan apa yang telah dinyatakan oleh Sunnah berkenaan sifat-sifat Allah Ta’ala" (Lihat: Fathul Bari. Jld. Hlm. 406. Ibn Hajar al-Asqalani. Dar Ihya at-Turath al-Arabi. Beirut.)


2. Imam Abu Hasan al-Asy'ari menegaskan al-Quran bukan makhluk dan diturunkan oleh Allah yang berada di langit. Beliau menjelaskan:

"Allah mempunyai sifat, mempunyai tangan, bersemayam di atas ‘ArasyNya dan mempunyai muka. Al-Quran itu Kalamullah bukan makhluk dan al-Quran diturunkan dari langit" (Lihat: Iktiqad Aimmatul hadis hlm. 50-51. Ismaili.)


Imam Abul Hasan al-Asy’ari berkata:

"Di atas langit-langit itulah ‘Arasy, maka tatkala ‘Arasy berada di atas langit-langit Allah berfirman: Apakah kamu merasa aman terhadap Zat yang berada di atas langit? Sesungguhnya Ia istiwa (bersemayam) di atas ‘Arasy yang berada di atas langit dan tiap-tiap yang tinggi itu dinamakan As-Sama (langit), maka ‘Arasy berada di atas langit. Bukanlah yang dimaksudkan di dalam firman: Apakah kamu merasa aman terhadap Zat yang berada di atas langit? Bukan di seluruh langit, tetapi ‘ArasyNya yang berada di atas langit." (Lihat: Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm. 48.)


Beliau rahimahullah seterusnya berkata:

Sesungguhnya setelah seseorang bertanya: Apa yang kamu katakan berkenaan istiwa? Katakan kepadanya: Kami sesungguhnya berkata bahawa Allah ‘Azza wa-Jalla bersemayam di atas ‘ArasyNya yang sesuai denganNya sebagaimana firman Allah: }Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas ‘ArasyNya{ (QS. Taha. 5). Firmannya lagi: }KepadaNyalah naik perkataan-perkataan yang baik{ (QS. Fatir. 10). Firman Allah: }Tetapi (yang sebenarnya) Allah telah mengangkat Isa kepadaNya{ (QS. An-Nisa. 158). Firman Allah: }Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya{ (QS. As-Sajadah. 5). Firman Allah: }Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa dia akan menjungkir- balikkan bumi bersama kamu{ (QS. Al-Mulk. 16). Maka langit di atasnya adalah ‘Arasy, maka apabila ‘Arasy di atas langit-langit maka Allah berfirman: }Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit{ kerana Allah beristiwa di atas ‘Arasy di atas langit….Dan kita lihat sekalian orang-orang Islam mengangkat tangan mereka menghadap langit apabila berdoa kerana Allah Azza wa-Jalla beristiwa di atas ‘Arasy yang berada di atas langit-langit, jika sekiranya Allah Azza wa-Jalla di atas ‘ArasyNya pasti mereka tidak mengangkat tangan mereka menghadap langit (menghadap ‘Arasy)”. (Lihat: الابانة عن اصول الديانة oleh Imam Abu Hasan Al-Asy’ari. Hlm. 97-98. Lihat: الأسماء والصفات oleh Al-Baihaqi. Lihat: التوحيد وصفات الرب oleh Al-Imam Ibn Khuzaimah. Lihat: العلو لعلي الغفار oleh Az-Zahabi.)


Imam Abu Hasan al-Asy’ari seterusnya menegaskan:

“Telah berkata orang-orang dari golongan Muktazilah, Jahmiyah dan al-Hururiyah: Sesungguhnya firman Allah (Allah bersemayam di atas ‘ArasyNya) mereka berkata Istaula (bukan istiwa) dan Allah Azza wa-Jalla disetiap tempat (فى كل مكان), mereka menentang bahawa Allah Azza wa-Jalla di atas ‘ArasyNya”. (Lihat: الابانة عن أصول الديانة hlm. 97.)


Imam Abu Al-Asy’ari menjelaskan melalui hadis:

“Dari Nafi’ bin Jabir dari bapanya sesungguhnya Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Turun Tuhan kami ‘Azza wa-Jalla setiap malam ke langit dunia, lalu berfirman: Adakah sesiapa yang meminta maka Aku akan memberinya, adakah sesiapa yang meminta pengampunan maka Aku akan mengampunkannya, sehinggalah terbit fajar”. (Lihat: Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm. 99 – 100.)

Beliau menjelaskan lagi:

“Sebagaimana telah dipastikan bahawa Allah Azza wa-Jalla beristiwa di atas ‘ArasyNya dan menolak semua yang bertentangan dengannya, sebagaimana yang disalin dari Ahli Rawi dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Diriwayatkan dari Nafi’ bin Jabir dari bapanya bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Tuhan kita ‘Azza wa-Jalla turun pada setiap malam ke langit dunia kemudian berfirman: Adakah sesiapa yang meminta Aku akan memberinya, Adakah sesiapa yang meminta ampun Aku akan mengampunkannya sehinggalah terbitnya fajar”. (Lihat: Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah, hlm. 99. Dikeluarkan oleh Ad-Darimi, Ibn Majah 1367. Ibnu Khuzaimah dalam “At-Tauhid” 87. Ahmad 4/16. Al-Ajiri dalam “As-Syariah” 310-311. Isnadnya sahih, rijalnya thiqah dan perawinya termasuk perawi Bukhari dan Muslim.)

Seterusnya Imam Abu Hasan al-Asy’ari menekankan:

“Allah ‘Azza wa-Jalla berfiman: } Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas (langit) mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka){ An-Nahl 50. Dan Allah berfirman: }Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap{ Fussilat. 11. Dan Allah berfirman: }Kemudian Dia bersemayam di atas ‘ArasyNya, (Dialah) Yang Maha Pemurah, maka tanyakanlah (tentang Allah) kepada yang lebih mengetahui (Muhammad) tentang Dia{ Al-Furqan 59. Dan Allah berfirman: }Kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arasy. Tidak ada bagi kamu selain daripadaNya seseorang penolongpun dan tidak (pula) seorang pemberi syafaat. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?{ As-Sajadah 4. Maka semua ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawasanya Allah Ta’ala di langit beristiwa di atas ‘ArasyNya. Dan langit menurut kesepakatan manusia bukanlah bumi. Maka telah menunjukkan bahawa Allah Ta’ala menyendiri dengan kewahdaniatanNya beristiwa di atas ‘Arsay dengan istiwa yang sesuai dengan kebesaranNya tanpa berhulul (menyerap) dan berittihad (bersatu)”. (Lihat: Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm 100.)

3. Imam Syafie rahimahullah menjelaskan melalui riwayat yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu:

وَاَنَّ لَهُ يَدَيْنِ بَقَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ (بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوْطَتَانِ) وَاَنَّ لَهُ يَمِيْنًا بِقَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ (وَالسَّمَوَاتُ مَطْوِيَات بِيَمِيْنِهِ) وَاَنَّ لَهُ وَجْهًا بِقَوْلِهِ (كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ اِلاَّ وَجْهَه)...وَاَنَّ لَهُ قَدَمًا بِقَوْلِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمِ (حَتَّى يَضَعَ عَزَّ وَجَلَّ فِيْهَا قَدمَهُ) وَاَنَّ لَهُ اُصْبُعًا بِقَوْلِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (مَا مِنْ قَلْبٍ اِلاَّ هُوَ بَيْنَ اُصْبُعَيْنِ مِنْ اَصَابِعِ الرَّحْمَن) نُثبِتُ هَذِهِ الصِّفَات وَنَنفِي التَّشْبِيْه كَمَا نفِى ذَلِكَ عَنْ نَفْسِهِ تَعَالَى ذِكْرُهُ فَقَالَ (لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ)

"BagiNya dua tangan sebagaimana firmanNya: (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka. BagiNya tangan sebagaimana firmanNya: Langit digulung dengan tangan kananNya. Allah mempunyai wajah sebagaimana firmanNya: Setiap sesuatu akan binasa kecuali WajahNya. Baginya kaki sebagaimana sabda Nabi saw: Sehinggalah Dia meletakkan wajah dan KakiNya. Dia mempunyai jari sebagaimana sabda Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam: Tiadalah hati itu kecuali antara jari-jari dari jari-jari Ar-Rahman (Allah). Kami menetapkan sifat-sifat ini dan menafikan dari menyerupakan sebagaimana dinafikan sendiri oleh Allah sebagaimana difirmankan: (Tiada sesuatu yang semisal denganNya dan Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat)" (Lihat: Iktiqad Aimmah al-Arba'ah Abi Hanifah wa Malik wa Syafie wa Ahmad. Hlm. 46- 47. Cetakan pertama. 1412 -1992. Darul 'Asimah Saudi Arabia.)

Imam Syafie seterusnya menjelaskan:

"Dan Allah Ta'ala di atas 'ArasyNya (Dan 'ArasyNya) di langit”. ( Lihat: Iktiqad Aimmah al-Arba'ah, Abi Hanifah, Malik, Syafie wa- Ahmad. Hlm. 40.)

Imam Syafie seterusnya menjelaskan lagi:

"Kita menetapkan sifat-sifat (mengithbatkan sifat-sifat Allah) sebagaimana yang didatangkan oleh al-Quran dan yang warid tentangNya dari sunnah, kami menafikan tasybih (penyerupaan) tentangNya kerana dinafikan oleh diriNya sendiri sebagaimana firmanNya (Tiada sesuatu yang semisal denganNya)" (Lihat: Iktiqad Aimmah al-Arba'ah, Abi Hanifah, Malik, Syafie wa- Ahmad. Hlm. 42.)

Imam Syafie telah menjelaskan juga tentang turun naiknya Allah Subhanahu wa-Ta’ala:

"Sesungguhnya Dia turun setiap malam ke langit dunia (sebagaimana) menurut khabar dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam". (Lihat: Iktiqad Aimmah al-Arba'ah, Abi Hanifah, Malik, Syafie wa- Ahmad. Hlm. 47.)


Berkata Imam Syafie rahimahullah:

"Sesungguhnya Allah di atas ‘ArasyNya dan ‘ArasyNya di atas langit"(Lihat: Iktiqad Aimmah al-Arba'ah, Abi Hanifah, Malik, Syafie wa- Ahmad. Hlm. 179.)


4. Berkata al-Imam Abu Hanifah rahimahullah:

"Sesiapa mengingkari sesungguhnya Allah berada di atas langit, maka sesungguhnya dia telah kafir. Adapun terhadap orang yang tawaqquf (diam) dengan mengatakan: Aku tidak tahu apakah Tuhanku di langit atau di bumi? Berkata al-Imam Abu Hanifah: Sesungguhnya dia telah kafir kerana Allah telah berfirman: Ar-Rahman di atas ‘Arasy al Istiwa" (Lihat: Mukhtasar al-Ulum, Hlm. 137. Imam Az-Zahabi. Tahqiq al Albani.)

5. Berkata Al-Imam Malik rahimahullah:

"Allah berada di atas langit sedangkan ilmuNya di tiap-tiap tempat (di mana-mana), tidak tersembunyi sesuatupun daripadaNya" " (Lihat: Mukhtasar al-Ulum, Hlm. 140.)

6. Berkata al-Imam Ahmad Bin Hambal rahimahullah:

"Benar, Allah di atas Arasy-Nya dan tidak sesiapapun yang tersembunyi daripada pengetahuanNya" (Lihat: Mukhtasar al-Ulum, Hlm. 188)

7. Athar Imam Ibnu Khuzaimah pula menjelaskan:

"Barangsiapa tidak menetapkan Allah Ta'ala di atas ‘ArasyNya dan Allah istiwa di atas tujuh langitNya, maka ia telah kafir dengan Tuhannya" (Lihat: Ma'rifah Ulum al-Hadis. Hlm. 84. Riwayat yang sahih, dikeluarkan oleh al-Hakim.)

Berkata pula Imam Ibnu Khuzaimah (dari kalangan ulama as-Syafieyah):

"Kami beriman dengan khabar dari Allah Jalla wa-'Ala sesungguhnya Pencipta kami Ia beristiwa (bersemayam) di atas ‘ArasyNya. Kami Tidak mengganti/mengubah kalam (firman) Allah dan kami tidak akan mengucapkan perkataan yang tidak pernah dikatakan (Allah) kepada kami sebagaimana (perbuatan kaum) yang menghilangkan sifat-sifat Allah seperti golongan Jahmiyah yang pernah berkata: Sesungguhnya Dia istawla (menguasai) ‘ArasyNya bukan istiwa (bersemayam). Maka mereka telah mengganti perkataan yang tidak pernah dikatakan (Allah) kepada mereka, ini menyerupai perbuatan Yahudi tatkala diperintah mengucapkan: Hithtatun (Ampunkanlah dosa-dosa kami), tetapi mereka mengucapkan (mengubah): Hinthah (makanlah gandum)! Mereka (kaum Yahudi) telah menyalahi perintah Allah Yang Maha Agung dan Maha Tinggi maka seperti itulah (perbuatan kaum) Jahmiyah" (Lihat: Kitabut Tauhid Fi Ithbatis Sifat. Hlm. 101. Oleh Ibnu Khuzaimah.)

8. Athar dari Syeikhul Islam Abdul Qadir al-Jailani rahimahullah, beliau menjelaskan:

"Tidak boleh mensifatkan Allah bahawa Ia berada di tiap-tiap tempat. Bahkan (wajib) mengatakan: Sesungguhnya Allah di atas langit (yakni) di atas ‘Arasy sebagaimana Ia telah berfirman: Ar-Rahman di atas ‘Arasy, Ia beristiwa (QS: Taha, 20:5.) Dan wajiblah memutlakkan sifat istiwa tanpa takwil, sesungguhnya Allah istiwa dengan ZatNya di atas ‘Arasy. KeadaanNya di atas ‘Arasy disebut pada tiap-tiap kitab yang Ia turunkan kepada tiap-tiap Nabi yang Ia utus tanpa bertanya (para nabi yang diutus tidak bertanya): Bagaimana caranya (Allah istiwa di atas ‘ArasyNya)?" (Lihat: Fatawa Hamwiyah Kubra. Hlm. 84.)

9. Berkata Imam Syamsuddin az-Zahabi salah seorang ulama besar bermazhab Syafie:

“Sesiapa mengingkari bahawa Allah ‘Azza wa-Jalla di langit, maka dia seorang yang kafir”. (Lihat: مختصرالعلو للعلي الغفار oleh al-Hafiz Syamsuddin az-Zahabi. Hlm. 137).

ibnu abdullah said...

salam

saya kurang faham dengan content artikel ini. begitu juga komen aida muslimah. Namun begitu, boleh aida muslimah menyatakan pendirian kamu, adakah kamu bermazhab atau mengikut fahaman salafi wahabi?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin