MAKLUMAN :


widgeo.net

Wednesday, April 13, 2011

Imam Mahdi Dah Muncul . . . . ?


MAKKAH – Semalam (12/4/2011) sewaktu solat Asar di Masjidil Haram ketika Imam Masjidil haram Syeikh Abdullah Awwad Al-Juhany hampir-hampir melaungkan takbiratul Ihram tiba-tiba seorang pemuda merampas microphone masjid lalu berteriak dengan kata “Ana Al –Mahdi Al- Muntazar” (Aku adalah Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu). Jemaah Solat menjadi kecoh dengan teriakkan tersebut. Beliau adalah seorang pemuda Arab yang tidak berjanggut, berkemeja petak lengan pendek berwarna krem.

Ketika itu juga polis Saudi mententeramkan keadaan lalu mengheret pemuda itu keluar masjid melalui laluan bahagian kiri Hijir Ismail melalui pintu Bab Al-Umrah.

Cukup kelakar dan pelik yang tidak berjanggut dan berpakaian ala Barat pun sanggup mengaku menjadi Imam Mahdi. Kisah ini juga adalah petanda akhir yang mana nanti akan kita dapati ramai yang akan mengaku Imam Mahdi. Berbagai-bagai kumpulan akan mengaku Imam Mahdi dari kumpulannya. Begitu dengan Tarqat-tariqat dan juga gerakan-gerakan Islam seluroh dunia.Masing-masing pastinya akan mengaku Imam Mahdi dari jemaah mereka.

Sewaktu penulis tinggal di Kuala Lumpur 1990an, penulis sering lepak-lepak kat Masjid India Markas Lama Jemaah Tabligh disebabkan berdekatan dengan pejabat lama penulis. Ketika itu datang seorang pemuda berjanggut, berserban,bercelak mata tebal, tasbih ditangan bau aroma atar begitu kuat dan duduk berdekatan dengan teman penulis. Lansung bercerita tentang akhir zaman dengan dirujuk beberapa hadis tentang Imam Mahdi. Terpegun teman penulis mendengar cerita beliau.

Hujung-hujung dia bertanya dengan katanya,” Hang tau sapa Imam Mahdi?” Teman penulis pun spontan menjawab,”Ntah tak tau aku”. Jawab balik pemuda tu dengan suara perlahan,” Kalau hang nak tau sapa Mahdi ni lah yang dok depan hang.” Api lagi tergelak besar teman penulis tu. Bila dia cerita balek kat kami bila pekena teh tarik Maidin kat bawah Malayan Mansion apa lagi terbahak-bahak kami ketawa. Sampok seorang teman penulis lagi, “Bertuah le hang dah jumpa Imam Mahdi,”.

P/S: Sapa-sapa nak jumpa Imam Mahdi boleh le pi kat Markas Penanti. Pasti hampa jumpa Imam Mahdi di sana. Kalau hampa jumpa tolong kirim salam aku kat dia.

12 comments:

Unknown said...

kahkahakah!

Unknown said...

Imam Mahdi??/ banyak karkun2 terkesan,buat mcm2 usaha,p duduk di dlm hutan,menuntut ilmu kebal la,apa la,sampai tinggal terus tabligh...???
mcm mana tu ustaz??

org penanti?? sapa tuuu??

Salam ziarah,menarik artikel yang di tulis.Saya menjemput ustaz untuk memberikan pendapat,pandangan,komentar dan info tambahan di atas tulisan terbaru di blog saya berkaitan “Dakwaan makam Sahabat Nabi Saw ada di Malaysia”.Semoga Allah membalasi segala kebaikan ustaz.Sekian,Terima Kasih.

faizal hashim said...

tengok tajuk mcm nak jatuh jantung....kalo imam mahadi da turun x lama lg dajjal pula....moga2 ALLAH lindungi dari fitnah dajjal....nauzubillah....ralek2 bace ingatkan btol tp..huhu..hampeh btol pemuda tue..

Ismi Ijmi said...

emmm, imam mahdi.
semoga kita menjadi makmumnya

budak lunas said...

asalamualaikum ustaz...imam mahdi la ni dok tengah keluaq setahun..

alep kamal said...

salam ustaz..kelako jugak saya dengar citer ni.. kalau ikut mazhab hanafi,kalau tak bejanggot pun tak boleh jadi imam inikan pulak nak jadi IMAM AL-MAHDI...hahaha.. hahaha...

yang penting usaha atas iman dan amal..Imam Mahdi pun tak boleh tolong kita nak jawab soalan munkar dan nakir..

wallahu a'lam

Irwan said...

Salam Ustaz,

Ye. Imam Mahdi memang dah keluar. Dia buat blog sekarang...Jangan perasaaannn...

http://aderberani.blogspot.com/2011/04/ustaz-hambali-al-alorstari.html

Ziarah76 said...

imam mahdi Penanti tu ialah Ustaz Mahdi, dia adalah menantu Tuan Guru Haji Salleh Penanti.

Ismi Ijmi said...

MasyaAllah.
lama betul tak ke Penanti.
orang2 Kelang Lama yang nusrah student KMK mungkin dah tak ingat kami.

Unknown said...

baru saya tau,ustaz mahdi...??
penanti kian membangun bersma kemajuan pembangunan materialnya,jalan besar yg dulu Allah letak jauh dari markaz,tiba2 Allah letak betul2 di hadpan markaz...

Ismi Ijmi said...

tapi jalan tu bukan mmg sibuk ke. jalan kecik. dari arah tasik bainun tu memang payah nak seberang.

Unknown said...

Itu le yang saya maksudkan dengan Imam Mahdi. Kan Ust Mahdi imam kat Markaz Penanti.

Antara ustaz yang mempunyai sanad kiraat 7 di dalam jemaah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin